By: aisyah mrs kay

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]
Saturday, 25-Jul-2009 12:29 Email | Share | | Bookmark

Quote:

Salam....
Moh kiter brekfast ngan roti bakor ala kopitiam...teman tringin plak nak try peh tgk kt romah kak amal tokei western kt alor star tu
xtau camne rasanya sbb x penah pon mkn kt kopitiam..dan yg makan roti bakor ni pon asben teman..sbb teman x reti makan telur separuh masak..ni baru fes time buat taw......



ade ke yg nak muntah hijau tgk gambo kek teman??
minggu ni buat 6 bijik kek...sumernya kek choc-blueberi..deko pon suam-suam kuku..sbb xder bahan..stroberi x berbuah plak kt teluk intan 2-3 arini...layan je la.....




Tuesday, 21-Jul-2009 13:57 Email | Share | | Bookmark
Simple brownies

 
Quote:

Salam...
Dua tiga arini bz bebenor kononnya...selain keje2 hakiki tu....menyiapkan order fruit tart,pizza dan kek coklat...tp sumernya xdan nak snap gambo...ater..sumernya last minit
buat brownies ni utk anak2 buah makan..dpt resepi dr fp kak zanaz..tokei kek kt bangi tu......terima kasih banyak2 kpd penyumbang resepi...mmg senang pakai resepi ni..sesuai utk yg suka brownis yg ringan...cuma brownies ni xle moist..atau chewy goey tu..nama pon simple kan..kalo nak lg sedap tambah le kacang2 yg glamer tu..almond ker...walnut ke..kacang panjang xleh le ye..lg satu..adunan ni utk 1/2 sukatan je..utk sukatan normal..kena double kan sukatannnya ye..harap maklum....


Brownies
115 gm butter
120 gm white sugar
2 eggs
5 ml vanilla essence
30 gm coco powder
60 gm all purpose flour
2 gm salt
1 gm baking powder

Melt butter in a pan. remove from heat and stir in sugar, eggs and vanilla essence. beat in coco, flour, salt and baking powder. Mix the mixture well and spread batter into 8" pan. bake at 175C for 25-30 mins. do not overcook. seeloknya lapik le pan ngan kertas so senang nak angkat kuar. pas tu potong le ikut suka dan deco ikut citarasa

Quote:

Hikmah sujud
Sujud lega sistem pernafasan

Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah
yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu
pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.
Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika
bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t.
dan menjauhi larangannya.
Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir
dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.
Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.
Bernafas ketika sujud pula boleh:
- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
- melegakan sakit hernia. (burut)
- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- melegakan paru-paru daripada ketegangan.
- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan
lingkungan bahagian belakang tubuh.
- meringankan bahagian pelvis.
- memberi dorongan supaya mudah tidur.
- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan
sujud dan bangun daripada sujud.
- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke
otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.
D ari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di
hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.
Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran
darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan
otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang.
Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang
tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan
darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.


Wednesday, 15-Jul-2009 15:06 Email | Share | | Bookmark
Bersahabat kerana Allah swt..

Quote:

Saja nak berkongsi cerita...
Dialog di pagi Isnin waktu assembly..

Kak Izan: Aisyah..anak2 dah buka akaun Tabung Haji ke?
Teman: Yang kecik tu je blom lagi...
Kak Izan: Nanti buka akaun utk baby tu ye..(sambil letak duit kt tangan teman..)
Teman: La..bukannya sy xde duit..xdan nak buat lagi..
Kak Izan: X pe..mmg kak izan nak bagi..
Kak Pah: Ni Kak pah tambah..bior cepat sikit..nanti umur 15 tahun dah bule g umrah..
Teman:

Bukan nilai duit sikit atau banyak yg menjadi soal...yg penting keikhlasan hati yg buat teman terharu..
teman bersyukur dikelilingi kengkawan yg baik-baik...termasuklah anda semua....muahhhs



Quote:

Ni saje-saje buat choc tart..guna tart shell belen fruit tat ...cuma paipkan choc ganache..
budak2 mmg suka..asal ade je cekelat..sumer licin...


Quote:


Dapat resepi ni dr blogger tersohor..Bro Rozzan..terima kasih...semoga dihalalkan segalanya dunia akhirat
psst..pls ignore my 'rustic' background


CREAM PUFF
Bahan-bahan:
170 gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
115 gm mentega
285 ml air
5 biji telur

Cara:
Panaskan oven dgn suhu 180-200 darjah Celsius. Ayak tepung bersama baking powder. Masukkan mentega ke dalam periuk bersama air lalu didihkan. Masukkan tepung, kacau rata-rata sehingga adunan licin dan tidak melekat pada periuk. Angkat periuk dari api dan salin adunan ke dalam sebuah mangkuk dan biarkan ia sejuk. Kemudian masukkan telur satu persatu ke dalam adunan sambil terus pukul hingga adunan licin dan berkilat. Masukkan adunan dalam forcing/piping bag dgn nozzle berbentuk bintang dan tekan untuk membuat bulatan2 kecil. Bakar selama kira-kira 25-30 minit atau sehingga masak. Biarkan ia sejuk sebelum dibuat sedikit belahan(jgn putus) pada puff tersebut. Isikan dgn krim kastad.

Krim Kastad
3 biji telur
115 gm gula
3 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil tepung kastad
225 ml susu cair (sejat)
225 ml air (didihkan bersama susu sejat)
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu kecil mentega
1 sudu kecil esen vanilla

Cara:
Pukul telur, gula, tepung & tpg kastad di dalam periuk. Kemudian, masukkan susu manis dan susu cair yg telah dididihkan ke dalamnya. Masak di atas api yg kecil hingga pekat lalu masukkan mentega dan esen vanilla. Sejukkan sebelum menggunakannya.
Nota: Dulang pembakar hendaklah digris dgn mentega atau dialas dgn kertas tracing/parchment sebelum krim puff dibakar. Jarakkanlah di antara setiap adunan puff yg telah dibentuk di atas dulang pembakar kerana ianya akan mengembang.

** teman buat filling lain- pukul fresh krim sampai kembang,tambah isi durian yg dilenyek...rasanya cam mkn ngan eskrem derian...slurppp....
dapat idea bila jengok dapo kak Zu http://www.quickneasytreats.blogspot.com/ thanks sis....




Saturday, 11-Jul-2009 12:22 Email | Share | | Bookmark

 
 
 
Quote:

Sesekali makan pasta..sedap gak...guna sos Kimball.. tumis ngan daging kisar sikit..


Quote:

Ni orders of the week...
Fruit tart dan blueberry cake- vanilla sponge cake yg dilapisi blueberry filling dan fresh cream..



Quote:

Ni teman nak share satu resepi kek pisang yg senang dan sedap..ala-ala kek pisang kt pasar malam tu..kek ni ringan dan rasa gulanya secukup rasa je..kalo suka manis bule tambah lagi..teman guna pisang raja..x sangka kuar gak urat-urat hitam tu...ingatkan pakai pisang emas je mau kuar urat hitam tu..resepi ni dr buku 'Joy Of Baking' suka sgt buku ni..resepi nya x penah mengecewakan..


Kek Pisang

200 gm pisang lenyek
150 gm gula halus
4 bj telur (B)
1/2 sdb rata ovalet
250 gm tepong gandum ayak dgn
1 1/2 sdt baking soda dan 1/2 sdt baking powder
125 ml susu
100 ml minyak..

Campur pisang dan gula,tambah telur dan pukul.
Tambah ovalet dan pukul 5-6 min hgga kembang.
Tambah tepung perlahan2 selang seli dgn susu.
Tambah minyak.
Bakar pada 200 degree celcius selama 35 min.
Dapat 2 loaf.

Happy Caking


Saturday, 4-Jul-2009 15:29 Email | Share | | Bookmark
untitled entry...


Salam...
mula2 nak tunjuk gambo kek yg dideko simple abih aka deko paling kesian (meminjam ayat kak meen al-maklumlah tgn dah kereh...dah lama x main ngan whip cream...kek ni spesel utk best fren teman ..iaitu Kak Tini..inipon dah seminggu belated sbb teman haram ingat besday dia..itu la one of my weakness..susah beno nak ingat D.O.B org...except besday anak2 teman le...


Ni nak story sikit pasal satu inciden baru2 ni..iaitu pada 30 Jun..we all satu family bertolak ke taiping sbb teman kena attend konvensyen kt Seri Mallaysia Taiping. Teman dah book utk overnite kt sana..so nak cepat sampai,dlm hati tu tringin nak cari mi udang kt kuala sepetang..we all guna highway.
Tapi, kita manusia hanya merancang, Allah swt jua yg menentukan..sampai kt highway Simpang Pulai-Ipoh..we all nampak byk giler paku bertabur kt tgh jalan tu..mana keta yg sempat ngelak..selamat le..
tp we all x sempat nak ngelak..dua tempat plak tu tempt paku tu berterabur..byk jugak keta yg terus tayarnya pecah or pancit dan tersadai kt tepi jalan..
Asben teman kata..kita tawakal je le...Alhamdulillah sempat sampai kat Tol Ipoh Selatan, lepas je bayo tol..terus asben noticed,tayar we all pon kena gak.,dua-dua tayar belakang abih pecah...so we all pon parking le kt situ, call abg ipar kt klebang..tggu dia dtg..tuko tayar..tup-tap-tup-tap..
dah dekat pukul 11 pm..dengan ujan lebat nye mlm tu..alhamdulilah we all stranded kt area tol yg cukup sumer kemudahan..surau n toilet mmg class
baby amjad pon x byk ragam..dia tido je dlm stroller dia tu...
finally we all terpaksa cancell reservation kt seri Mesia...we all tido kt Ipoh je rmh kakak teman..
yang teman terkilannya..masa we all stranded kt Tol tu (bersama berbelas-belas kenderaan lain)..xde sorang pon staff PLUs yg turun padang.. at least tunjukkan le sikap prihatin pd we all pengguna setia ni..
Anyway..apa saja yg berlaku sure ada hikmahnya kan...

Esoknya..abih je kt Seri Mesia....kitarong cari jugak le mi udang tu... hilang le kempunan teman...

hri ni kt sekolah ada Hari Kokurikulum..byk acara yg ada..tp teman tringat nak ambik masa jd food tester utk cooking contest...syok kami cikgu2..dpt makan yg best2...tema contest ni ialah maggi dan bihun..
yg menang no. 1 buat menu sotong sumbat ngan maggi..sedap dan kretip...

thanks for visiting ...


[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net