Want your
own Fotopage?








 


By: aisyah mrs kay

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 21-Jan-2009 08:19 Email | Share | Bookmark
Kek Nanas Terbalik Che Tih

Quote:

Salam...
Semalam teman rajin skit..tringatkan kek nanas terbalik kat blog che tam...bahan-bahan pon ade..
teman pon mengayuh le pelan-pelan..
dan hasilnya dapat makan kek yg wangi, lembut dan lembab...kek ni macam kek yg mak-mak kiter buat tu....
Time kasih kpd Che tam dan Che Tih kerana berkongsi resepi ni..
Semoga empunya resepi menghalalkan ilmu ni dunia akhirat..



Kek ni diubahsuai dr resepi asal-Kek Pelangi

Kek Pelangi Che Tih

6 biji telur gred C - Che Tih suka sb banyak telur putih
1 1/2 cawan gula kastor
1 cawan marjerin - Che Tih suka pakai Daisy
2 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu besar cream of tar tar
1 sudu esen vanila

Cara membuat

1 cawan gula dicampur dengan 6 biji telur serta cream of tar tar. Pukul hingga kembang.
1/2 cawan gula dicampur dengan marjerin dan esen vanila. Pukul sampai kembang.
Campurkan kedua-dua bahan yang telah dipukul dalam satu bekas. Masukkan tepung naik sendiri.
Asingkan kepada tiga warna - kuning (plain), hijau dan merah. (ikut suka)
Masukkan dalam loyang yang telah digriskan dengan marjerin dan ditabur sedikit tepung. Masak selama 45 minit dengan suhu 180 darjah celcius, ikut kesesuaian oven masing-masing.

Untu membuat Kek Nanas terbalik.....

**Adunan kek sama seperti di atas tetapi kurangkan telur kepada 4 biji sahaja.
1 cawan air nenas - dalam tin
Nenas bentuk bulat
Ceri merah dan hijau

Cara membuat

Sama seperti kaedah di atas tapi tambahkan air nanas secawan. Abaikan penggunaan pewarna.
Sapu marjerin pada loyang, tabur gula perang dan susun nenas rapat-rapat. Masukkan ceri hijau dan merah ke dalam nenas yang berlubang.
Tuangkan adunan kek dan bakar dalam oven.





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net