By: aisyah mrs kay

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 16-Mar-2009 08:39 Email | Share | Bookmark
Basic Muesli Slice

Quote:

Salam..
tak penah teman begitu teruja nak try sesuatu resepi..tp pagi ni bila ngintai dapo En Mat Gebu..teruih teman teman tergoda..terkesima...
teruih siap-siap nak g menyoping bahan2 utk buat benda ni...

BAHAN-BAHANNYA
2 cawan rolled oats
2 cawan cornflakes, ramas sedikit (boleh guna coco pop, rice bubble, honey star atau campur kesemunya)
60 g campuran kekacang, dipotong kecil (i used badam, kacang tanah dan gajus)
40 g kismis (atau buah2 kering yang anda suka)
1/4 cawan coklat chip (optional)
150 g mentega
1 camca mentega kacang(x bubuh)
1/2 cawan madu
bijan (teman saje tambah)

CARA MEMBUATNYA

Lenser tin leper berukuran 10 x 10 inci dengan mentega, alas dengan aluminum foil dan lenser aluminium dengan sedikit mentega juga (LG, dia guna kertas minyak jee). Panaskan oven pada suhu 180C.
Cairkan mentega dan mentega kacang atas api sederhana, kemudian masukkan madu dan masak dengan api perlahan hingga bancuhan pekat sedikit, biarkan suam.
Satukan rolled oats, cornflakes, kekacang, kismis dan coklat chip dalam satu bekas. Tuang no. 2 dan gaul hingga semua bergaul rata. Alih ke dalam tin yang telah disediakan tadi. Ratakan dan tekan biar padat sedikit.
Bakar selama 30 minit. Keluarkan dari oven dan biar sejuk sepenuhnya. Masukkan dalam peti sejuk sehingga dingin. Boleh dipotong atau dipatahkan saja....

Terima kasih pd En Mat Gebu..dan pada kengkawan yg sudi share resepi ni..

Ni rupanya b4 di'oven'kan...


Ni rupanya bila dah jadi..

Rasanya mmg best..sekali gigit ala-ala.cornflakes madu..dua kali gigit sebijik cam muesli bars Uncle Toby's ..ahaks..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net