By: aisyah mrs kay

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 20-Apr-2009 12:35 Email | Share | Bookmark
Talam Labu Berlauk

Quote:

Salam..
Arini negeri Perak cuti...so teman pon mengusahakn sesuatu dr buah labu yg dah 4-5 hr bergolek kt dapo tu...
Nak buat pengat labu..teman x minat nak buat lepat...daun pisang xder...
So teman modified resepi kuih talam kak Liza...yg rasanya org slalu buat keladi berlauk...timer kasih kak Liza.....jasamu dikenang

KUEH TALAM CARROT

Bahan
300 gm carrot (teman guna labu parut)
200 tepung beras
40 gm tepung jagung
950 gm santan [1 biji kelapa]
1 s/k garam

Cara
1. Masukkan semua bahan dalam periuk dan kacau sekejap sehingga naik wap dengan api perlahan.
2. Masukkan dalam loyang 10 x 10 inci yg telah dilapikkan pelastik 10 x 10 inci juga.
3. Kukuskan selama 25 - 30 minit.
4. Sejukkan dan taburkan bahan berlauk dan potong.
5. Hidangkan.

Topping
udang kering (geragau)-digoreng dgn sedikit minyak hgga garing
daun sup & daun bawang [racik halus]
cili merah [cincang halus]
bawang goreng

Taburkan inti dan bawang goreng atas kueh talam labu yg telah sejuk dan potongkan.
Hidangkan.



Rasanya lemak-lemak gitew.....lagi sedap kalo mkn ngan sos cili thai...jemput makannnnnn



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net