By: aisyah mrs kay

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 15-Jul-2009 15:06 Email | Share | Bookmark
Bersahabat kerana Allah swt..

Quote:

Saja nak berkongsi cerita...
Dialog di pagi Isnin waktu assembly..

Kak Izan: Aisyah..anak2 dah buka akaun Tabung Haji ke?
Teman: Yang kecik tu je blom lagi...
Kak Izan: Nanti buka akaun utk baby tu ye..(sambil letak duit kt tangan teman..)
Teman: La..bukannya sy xde duit..xdan nak buat lagi..
Kak Izan: X pe..mmg kak izan nak bagi..
Kak Pah: Ni Kak pah tambah..bior cepat sikit..nanti umur 15 tahun dah bule g umrah..
Teman:

Bukan nilai duit sikit atau banyak yg menjadi soal...yg penting keikhlasan hati yg buat teman terharu..
teman bersyukur dikelilingi kengkawan yg baik-baik...termasuklah anda semua....muahhhs



Quote:

Ni saje-saje buat choc tart..guna tart shell belen fruit tat ...cuma paipkan choc ganache..
budak2 mmg suka..asal ade je cekelat..sumer licin...


Quote:


Dapat resepi ni dr blogger tersohor..Bro Rozzan..terima kasih...semoga dihalalkan segalanya dunia akhirat
psst..pls ignore my 'rustic' background


CREAM PUFF
Bahan-bahan:
170 gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
115 gm mentega
285 ml air
5 biji telur

Cara:
Panaskan oven dgn suhu 180-200 darjah Celsius. Ayak tepung bersama baking powder. Masukkan mentega ke dalam periuk bersama air lalu didihkan. Masukkan tepung, kacau rata-rata sehingga adunan licin dan tidak melekat pada periuk. Angkat periuk dari api dan salin adunan ke dalam sebuah mangkuk dan biarkan ia sejuk. Kemudian masukkan telur satu persatu ke dalam adunan sambil terus pukul hingga adunan licin dan berkilat. Masukkan adunan dalam forcing/piping bag dgn nozzle berbentuk bintang dan tekan untuk membuat bulatan2 kecil. Bakar selama kira-kira 25-30 minit atau sehingga masak. Biarkan ia sejuk sebelum dibuat sedikit belahan(jgn putus) pada puff tersebut. Isikan dgn krim kastad.

Krim Kastad
3 biji telur
115 gm gula
3 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil tepung kastad
225 ml susu cair (sejat)
225 ml air (didihkan bersama susu sejat)
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu kecil mentega
1 sudu kecil esen vanilla

Cara:
Pukul telur, gula, tepung & tpg kastad di dalam periuk. Kemudian, masukkan susu manis dan susu cair yg telah dididihkan ke dalamnya. Masak di atas api yg kecil hingga pekat lalu masukkan mentega dan esen vanilla. Sejukkan sebelum menggunakannya.
Nota: Dulang pembakar hendaklah digris dgn mentega atau dialas dgn kertas tracing/parchment sebelum krim puff dibakar. Jarakkanlah di antara setiap adunan puff yg telah dibentuk di atas dulang pembakar kerana ianya akan mengembang.

** teman buat filling lain- pukul fresh krim sampai kembang,tambah isi durian yg dilenyek...rasanya cam mkn ngan eskrem derian...slurppp....
dapat idea bila jengok dapo kak Zu http://www.quickneasytreats.blogspot.com/ thanks sis....




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net