By: aisyah mrs kay

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 9-Oct-2009 05:31 Email | Share | Bookmark

 
 
Quote:

Salam ..
dah berminggu x apdet...kerana ke'bz'an dn ke'malas'an...
buat seri muka kopi resepi cik Mat Gebu..dah lama tergoda ngan kecantikan 'seri muka @putri salat' mat gebu..gambo ni ambik masa try fes time..teman rendam 30 minit..pulutnya lembut dan cukup masak tp bila dipotong nampak cam x berapa kembang...kali kedua buat..rendam sejam..baru pulut nampak lebih cantik..maybe jenis pulut tu kena rendam lama sikit...
terima kasih sgt pd mat gebu sbb share resepi yg mabeles ni.. b4 ni penah buat kuih ni..tp x boleh dipotong sbb lembik sgt...tu yg syiok sgt bila berjaya buat cam sifu.....
tips utk potong kuih2 kukus ni..yg pertamanya mesti le kena ikut resepi betui2...pastu kena tggu betui2 sejuk baru potong...yg ketiga..potong pakai pisau plastik (pisau potong kek tu...) atau pun pisau biasa tp balut le ngan plastik..baru le kuih dpt dipotong dengan cantiknya..kan..kan..
kalo nak tau rasanya ..bule le cuba ye..


BAHAN LAPISAN BAWAH
250 g beras pulut, cuci dan rendam 30 minit, toskan
200 ml santan cair*
1/3 camca teh garam*
1/2 camca besar minyak masak*(*disatukan dan kacau rata)
1 helai daun pandan, disimpul
Beberapa titik pewarna biru (optional)

BAHAN LAPISAN ATAS
60 g tepung gandum
1 1/2 camca besar tepung jagung
90 g gula pasir
2 biji telur
1/3 camca teh garam
375 ml pati santan santan*
4 helai daun pandan*(*dikisar dan tapis)
1 camca teh pandan paste

CARA MEMBUATNYA

1.UNTUK LAPISAN ATAS :- Panaskan kukusan, tuang pulut ke dalam tin yang berukuran 8 x 8 x 3 incii, tuang bancuhan santan cair dan gaul rata, letak daun pandan atas pulut dan kukus 20 minit. Bila pulut masak, keluarkan 1/3 bahagian, dan campur dengan beberapa titik pewarna biru, gaul rata. Masukkan pulut bewarna ke dalam loyang berisi pulut biasa dan gaul rata. Kemudian tekan padat. Ketepikan sebentar. (kalau tak suka pulut ada warna, biarkan putih saja).

2.UNTUK LAPISAN ATAS :- Bancuh semua bahan2 untuk lapisan atas, kacau dengan whisk hingga gula hancur dan larut. Tapis adunan dan ketepikan.
3.UNTUK KUIH SERI MUKA/PUTRI SALAT :- Tuang bancuhan tadi atas pulut dan sambung mengukus selama 40 minit - 1 jam. Bungkus tutup kukusan dengan kitchen towel yang bersih untuk mengelakkan wap menitik atas kuih atau tutup permukaan tin dengan aluminium foil. Gunakan api sederhana kuat semasa mengukus. Biar kuih betul2 sejuk sebelum dipotong...

ni cam besia la..buatkan kek besday utk anak skulmate...dalamnya kek blueberi...




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net